Thursday, February 10, 2011

Mitos tentang Prolonged Jaundice


Muhammad baru keluar ward semalam, pagi ini ibu dan ayah bangun awal nak bawa Muhammad untuk ambil darah check kuning di kaki (SBC ). Ibu berdoa sangat agar Muhammad tak perlu masuk ward lagi.
Alhamdulillah , hampir seminggu lebih Muhammad berulang alik ke Klinik Kesihatan untuk ambil darah di kaki (SBC), namun , kuning masih pada paras diatas bacaan 100 . Mata Muhammad masih kelihatan kuning pada pandangan ibu . Siang malam ibu encourage muhamamd untuk breastfeeding sebanyak yang mampu . Pagi-pagi ibu bawa Muhammad ke laman agar dapat sinaran matahari yang redup.

“ Along , sebelum pi klinik tu mai mandi dulu Muhammad dgn ayaq ‘ghanda china’ & air daun kucai,” suruh mama.
“ Along , hampa kena bagi Muhammad minum ayaq sengkuang cina , org kata baru kuning turun ,” berkali-kali disuruh tok .
“ Bagi dak lagi Muhammad minum susu kambing ? bagi kuning dia turun, ni dok pi cucuk ambik darah hari-hari” desak abah berkali-kali jugak.
“ Muhammad tu kurang ayaq, sbb tu kuning tak turun . Dok bagi Muhammad menetek ja, ayaq masak tak mau bagi lansung . Susu botoi pun tak mau bagi jugak, macam mana kuning dia nak turun.. ayaq tak cukup dalam badan...” komen beberapa org sedara mara yang selalu datang melawat muhammad.

Ikutkan hati ibu ni, nak ja ibu cakap kat pembawa berita ‘ghanda china’, sengkuang cina, daun kucai dan susu kambing tu tunjukkan clinical study yang kata makan & mandi benda-benda tu boleh bagi kuning turun. Kalau ‘p value ‘ dia ‘<0.05’ , baru ibu berani bagi . Sesedap hati sahaja nak bagi baby yang sistem pencernaan masih belum matang nak makan pelbagai benda. Nak saja ibu cakap yang baby digestive system hanya boleh memproses susu ibu. Hanya susu ibu sahaja!!!!Andai di beri air masak, perut baby yang kecil itu , hanya penuh dgn air yang tidak mempunyai apa-apa nutrient dan zat. Baby hanya kenyang dgn air kosong , tanpa zat . pastu baby dah tanak menyusu susu ibu.

Nak kata Muhammad kekurangan air, Muhammad sgt active , sejam sekali ibu bagi minum susu , ubun-ubun kepala normal ( fontanelle not sunken) , lidah basah, kencing banyak , berak pun banyak… jadi- mana evidancenya yang Muhammad tak cukup air????!!!! Susu tak cukup ? berat badan Muhammad naik , kekadang , baju yang ibu pakai pun basah kalu Muhammad tak hisap susu > 2 hrs…
Nak saja ibu jerit semua-semua ni kat orang-orangan yang asyik mendesak ibu bagi Muhammad makan bermacam-macam benda.

Bab makan tu ibu boleh control, kekadang sebab terlalu didesak terpaksa la ibu cakap dah bagi makan walau pun sebenarnya tak kasi pun, atau purak2 kasi. Heheheh…
Tapi bab mandi – manda tu , ibu tak berdaya nak buat apa-apa sbb maktok dan nek yang mandikan Muhammad, so , ibu pasrah sajalah… may be placebo effect untuk diaorang.
Sampailah ada hari yang bagi mandi pun bacaan kuning (SBC ) naik jugak sikit … so, baru diorang berenti mandikan Muhammad dgn air tah papa tu..

Ada ketika tu , maktok bagi muhammad minum susu botol sbb ibu kena pergi klinik periksa luka. Malam tu , terus Muhammad muntah dgn banyak sampai Muhammad kena masuk emergency. Tapi Alhamdulillah , Muhammad cepat sembuh & balik rumah dgn ibu malam tu jugak. Sejak pada tu, barulah diorang berhenti suruh ibu bagi Muhammad minum susu botol.

Actually , prolonged jaundice ( jaundice lebih dari14 hari selepas kelahiran) adalah agak biasa untuk bayi. Ia terjadi disebabkan keadaan hati bayi yang masih kurang matang untuk memproses bahan kimia yang bernama bilirubin. Keadaan ini akan pulih dgn sendirinya dgn kenaikan umur bayi. Kebanyakkan bayi akan pulih dalam masa seminggu, namun ada juga yang berpanjangan selalunya tak lebih dari 1 bulan . Andai kata , masih ada jaundice lebih dari 14 hari hingga 1 bulan, rawatan dan siasatan lanjut perlu dijalankan di Klinik Pakar Kanak-Kanak.
Sekiranya bayi kurang menyusu juga boleh menyebabkan paras kuning naik. Oleh itu ibu-ibu digalakkan untuk menyusu bayi sekerap mungkin andai baby didapati kuning , seboleh nya setiap 1 jam. Susu ibu adalah yang paling disyorkan , kerana susu ibu mempunyai zat dan nutrient yang paling sesuai untuk bayi , selain hanya susu ibu sahaja yang mempunyai antibodi untuk bayi melawan penyakit .

Bayi yang mengidap kuning lebih dari 14 hari selepas kelahiran perlu dirujuk ke klinik pakar untuk memastikan yang penyakit kuning yang dihadapi adalah disebabkan ketidak matangan fungi hati dan bukan disebabkan penyakit-penyakit lain seperti jangkitan kuman atau penyakit salur hempedu tertutup ( billiary atresia) yang memerlukan rawatan antibiotic serta pembedahan seawal mungkin.

Bayi dibawah 6 bulan tidak digalakkan diberi makanan dan minuman yang lain selain susu ibu. Pada waktu ini, sistem pencernaan bayi belum cukup matang untuk memproses makanan selain susu ibu. Oleh itu , bayi senang mendapat sembelit, muntah, cirit-birit, serta mudah demam. Selain itu, dibawah 6 bulan , tahap antibody bayi tidak berkembang sepenuhnya, dan memerlukan antibodi tambahan untuk melawan penyakit. Hanya susu ibu sahaja , satu-satunya susu di dunia ini yang mempunyai antibody yang sesuai untuk bayi sekaligus meningkatkan system pertahanan badan bayi.

Alhamdulillah , sepanjang 4 bulan Muhammad menyusu susu ibu, Muhammad tak pernah demam yang teruk. Hanya dapat low grade fever selepas cucuk immunisasi. Allahumma a’fina fi badanina.

Oleh itu, secara kesimpulan , sekiranya Allah taqdirkan ada antara anak-anak kita yang mengidap kuning , banyakkan menyusu badan , jangan lupa untuk mematuhi kekerapan membuat SBC untuk mengetahui paras kuning dalam darah serta berdoa selalu agar Allah cepat sembuhkan anak yang kita sayang. Tidak perllu kepada mandian-mandian yang diragui serta memberi makan makanan yang tak sesuai dgn bayi. Semoga Allah jauhkan kita dari menzalimi zuriat sendiri…

Labels:

3 Comments:

At 12:21 PM, Anonymous Ida said...

Alhamdulillah.. Selamat awak byk sabar dan tegas dlm isu ni. Thumbs up!! Ilmu dan keyakinan mmg perlu untuk atasi kata-kata orang sekeliling ni.

 
At 9:38 AM, Anonymous Anonymous said...

nak mintak share cite ni blh x? nk share dgn kwn2 yg br bersalin n nk bgtau betapa pentingnya susu ibu..

 
At 8:31 AM, Anonymous Anonymous said...

Anonymous,
Silakan...boleh copy atau sertakan link.


Nabiela.

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home