Baby....Kuning....Jaundice


Buat tatapan puteraku ….Muhammad
Bilik Doctor di sebuah Klinik Kesihatan
Bacaan darah kuning baby(SBC ) ... 280
Doctor : Puan , anak puan ni kena masuk ward . Bacaan darah kuning dia tinggi . kena duduk bawah lampu special untuk turunkan kuning .
Ibu baby : Kalau tak masuk ward boleh dak doctor? Anak2 kat rumah tak dak orang nak jaga.Suami kerja , susah saya nak tinggal rumah
Doctor : kena masuk ward juga puan , kuning kat baby ni boleh bawak bahaya . kalau kuning dia tinggi, naik sampai ke otak , boleh jadi anak kurang upaya, anak boleh dapat kecacatan otak. Kalau kuning naik lagi , takut nanti kena tukaq darah. Seeloknya puan pun tinggai kat ward la dgn baby , so, senang menyusu badan. Ta€pi kalau ada masalah, boleh tinggai baby kat ward , tapi setiap hari puan perah susu badan , tinggaikan kat misi, nanti misi boleh bagi minum...
Ibu baby : ish doctor.. susah la.... anak2 sebelum ni tak dak kuning pun .
Doctor : Selalunya tak lama baby dok ward, kuning dia turun bawah 200, boleh balik rumah dah . Kekadang , kalau baby nampak sihat bawah 220 pun dah boleh balik. Baik susah sekarang kejab ja , paling lama pun seminggu kat ward, daripada bila kuning naik tinggi sbb tak dapat rawatan lampu , kuning pi ke otak , anak ada kecacatan otak , jadi anak kurang upaya , lagi susah nak menjaga selama2nya…
Allah bagi kita ujian sikit, anak sakit , kita kena ikhtiyar untuk berubat .
bukan tak dak rawatan , ada rawatan yg berkesan . Kalau tak dak kenderaan
nak pi hospital , sekarang jugak kami boleh hantaq pi dgn ambulance
Ibu baby : Tak pa la saya pi sendiri , nak pi siap baju anak dulu , nak kena bagi tau suami dulu. Nak kena minta kakak saya jaga anak kat rumah.
Doctor : saya percaya kat puan ni untuk bawak pi hospital k… balik rumah , siap2 , terus pi, jgn petang nanti baru nak pi, takut kuning boleh naik tinggi…bagi dia minum susu byk2 sikit. Jangan hadkan masa menyusu. Kalau boleh sejam sekali menyusu lagi baguih.
* * *
Muhammad – D2OL( day 2 of life)
“ Doctor, anak doctor nampak cam jaundice( kuning )skit .” sapa SN (staff nurse) yg dtg melawat Muhammad kat Hospital Kulim.
“ Hm, sejak pagi td lagi saya perasaan, tapi ptg ni dah nak discharged, nak balik alor Setar , malas nak buat SBC kat sini. Balik A.Star la buat .” balas ibu Muhammad sambil tersenyum kambing, sbb tahu kena amik SBC kat baby secepat mungkin bila notice jaundice.
Sampai Alor Setar kul 4.45 pm, terus gi KK yang berdekatan untuk inform kelahiran + nak berpantang kat umah tok di Alor Setar. “ Nak buat SBC boleh tak SN ( staff nurse) ?anak saya nampak jaundice la ,” tanya ayah Muhammad. “ Dah petang sgt dah , lab dah tutup , kalau nak buat boleh buat kat kecemasan hospital ,” balas SN .
Vios d’ Jaguar meluncur laju ke A&E Department HSB ( Hosp. Sultanah Bahiyah ).
Jabatan Kecemasan
“ Baby saya , day 2 of life, nak buat SBC sbb nampak jaundice,” ibu Muhammad meng’informed ‘ MA kat kaunter triage . “ Kena ambil no. dulu “.
Bila sampai giliran , ibu sendiri yang amik darah Muhammad ( SBV ) , jumpa HO , but he said that lab ada problem skit . result mayb lambat keluar . I left my HP no. at him. Waited till 9.00pm, no call. Then I call him again, Thank God he still in the same room, the SBC = 177 – still no need admission .
Malam tu , ibu BF ( breastfeeding) muhammad – Hourly breastfeeding . tapi susu still macam colostrum like . muhammad asyik nak tido ja.... jenuh ibu gerak…. Ibu sgt letih , tapi ibu sayang Muhammad …ibu & ayah asyik doa “ Syafakallah…” .
Muhammad – D3 OL
Pukul 8.00pg lagi ibu & ayah pergi KKIA untuk buat SBC . Ibu noticed jaundice up to abdomen . Sampai KKIA – ibu sendiri amik SBC kat Muhammad .. Muhammad nangis skit . Result – 303 . kena admit ward . Ibu sgt terkejut ! Ibu sgt takut !
Masya-Allah… “Ya-Allah , selamatkan anakku , sembuhkan anakku …” . Ibu almost menangis …..
Ayah nasihat ibu . “Sabar… insya-Allah tak de papa..”
Baru terasa agak susah menjadi ibu yang tahu whats going to happen if baby like this, like this… menambahkan rasa risau …sgt risau…
Ibu terang kat ayah . “ Muhammad just 2.6 kg , tak berat sgt , kalau bacaan SBC pun dah lebih 300 , takut amik darah kat tangan ( SBV ) nanti lagi tinggi. Selalunya , kalau bacaan SBV > 340 boleh kena tukar darah untuk baby yang tak berat sgt & < D5OL ( day 5 OL).
“ Kita doa banyak2 .. Ayang susukan Muhammad banyak2 , Insya-Allah… tak dak papa .” pujuk Ayah.
Terus ibu kejut Muhammad yang tgh lena, ibu susukan , balik rumah kejab, ambil pampers Muhammad . Terus pegi hospital .
Wad SCN Hospital Sultanah Bahiyah.
Dah daftar, timbang Muhammad still 2.6 kg .Alhamdulillah..
HO datang clerck ibu , buat examination kat Muhammad
“ Adik, kalau tak confident nak ambil darah anak saya, saya ambik sendiri pun tak pa .” risau sgt Muhammad kena poke byk kali .
Ibu tak nak balik, ibu nak tunggu Muhammad , tapi katil untuk mother to room in dah penuh. Lagi pun Muhammad duduk bilik lain, ibu kena jalan kalau nak menyusu Muhammad . Ibu tak boleh tunggu dalam bilik yang sama dgn Muhammad. Epi wound ibu sgt sakit , ibu jalan pun pelan2 , nak duduk pun pelan2 .
Setiap kali Muhammad nangis , ibu kena jalan pegi kat muhammad , pelan2…luka ibu masih sakit ….
Ibu menyusu Muhammad , tukar pampers Muhammad . sbb duduk bawah lampu , Muhammad kerap berak , kerap nangis, ibu kena bagi susu. Ibu tak pasti susu ibu cukup ke tak. Ibu tunggu sampai SBV result keluar.
Alhamdulillah , SBV result – 280 . Ibu sangat bersyukur. Muhammad bawah single photo.
Petang ibu terpaksa balik . Muhammad kena tinggal kat ward . Hati ibu sgt sayu... sgt sedih.. air mata asyik bergenang.. ibu sayang muhammd.. sayang sgt...
“ SN , jaga anak saya k, apa 2 contact saya direct ...”
Ibu cium Muhammad byk kali.. Muhammad anak ibu yang comel tido bawah lampu…
Ayah genggam tangan ibu , Ayah peluk ibu… “ Allah bagi kita ujian, kita kena sabar..”
“ Ya-Allah, sewaktu kerja di SCN dulu , aku jaga dan rawat anak orang elok2, semoga orang ( staff ) kat hospital jaga anakku elok2 jugak.. ameen..”
* * *
Muhammad admitted for 5 days .. setiap hari 2 kali ibu pegi lawat Muhammad. Tengah ari ayah bawa ke hospital , petang pun ayah bawak sekali lagi. Kalau ayah tak dak , mak tok yang bawakkan. Luka ibu masih sgt sakit , kalau ibu jalan lagi sakit , so, sampai hospital ibu naik wheelchair untuk pegi jumpa Muhammad. Setiap hari ibu tertunggu-tunggu masa untuk pegi jumpa Muhammad.
Kat rumah ibu perah susu untuk Muhammad. Alhamdulillah , sekali perah dapatla 1-2 oz. ibu tinggalkan untuk SN bagi kat Muhammad. Sampai Hospital ibu terus BF Muhammad, tp Muhammad asyik tido ja, tapi ibu kasi jugak Muhammad BF pelan2. Ok jugak Muhammad tido, kalau Muhammad nangis , lagi sayu hati ibu.
Malam… sgt susah untuk ibu harungi sendirian. Malam pertama & kedua – ada ayah, ibu tak sunyi sgt . Malam2 berikutnya ayah dah balik Kulim, ibu hilangkan rasa rindu dgn meng ‘khatam’ buku biographi Sultan Muhammad Al- Fateh. Ibu sentiasa doa agar anak ibu dapat menjadi panglima tentera islam yang bijak, yg alim , yg soleh macam Muhammad Al-Fateh.. Ameen....
Kadang-kadang , perasaan rindu mmg tak dapat dibendung , ibu tertido memeluk gambar muhammad kat digital camera....
4 hari Muhammad kat hospital duduk bawah 1 photo sahaja. Muhammad lambat keluar sbb berat muhammad just 2.6kg, so discharged photo level = 180. Hari yang Muhammad dapat balik, ibu sgt bersyukur.
Namun, Allah uji ibu lagi . Hari berikutnya buat SBC naik balik above photo level, Muhammad masuk ward sekali lagi. Ibu sgt sedih .... terpaksa berjauhan dgn Muhammad lagi.... sgt berat ibu nak bagi muhammad masuk hospital lagi.. Ibu nangis kat Ayah.. Ayah suruh ibu sabar , ayah pujuk ibu supaya redho...
Alhamdulillah, muhammad dok hospital 1 malam ja... then... Muhammad dah boleh balik ke pangkuan ibu di rumah.. ibu sentiasa doa agar Allah beri kesihatan yang baik untuk Muhammad & agar Muhammad membesar dgn sihat & cerdas .Berat Muhammad pun dah naik to 2.75kg..Alhamdulillah...
Banyak ibrah yg ibu dapat dari ujian Allah ini. Tak mudah untuk membendung perasaan andai anak tiada di depan mata, paling berat menanggung mengenangkan anak yang masih belum sihat . Pengalaman ini amat membantu ibu memahami masalah parents2 yang lain yang membawa anak yang sakit berjumpa ibu di Klinik. mungkin sebelum ni senang ja ibu nak suruh patient tinggalkan anak kat ward / tinggalkan anak2 yang lain dirumah... sebenarnya bukan mudah...
Hanya Allah tempat ibu memanjatkan doa dan pengharapan agar anak ibu yang sgt ibu sayang membesar dgn sihat , cergas,cerdas, soleh dan beriman... ameen...
Labels: tatapan Muhammad

0 Comments:
Post a Comment
Links to this post:
Create a Link
<< Home